Thursday 27 September 2012

KEM LINUS TEGAR DAERAH LMS

Posted by armawati at 07:56

Bertempat di SK. Long Jaafar berlangsungnya Kem LINUS  Tegar peringkat daerah LMS, pada 26 September 2012. Seramai 34 orang murid LINUS  Tegar manakala 16 buah sekolah rendah yang terlibat
dalam kem anjuran PPD LMS.
Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik, tersusun, terarah, bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan.Perancangan  Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu. Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.

Sesi Pertama - Murid diberikan Instrumen Saringan Literasi Membaca Tahun 3 ( Saringan 9) dengan dibimbing oleh guru Pemulihan Khas sekolah masing - masing.

Sesi Kedua - Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu ;

Kumpulan 1 -
Murid yang melepasi Saringan Membaca: meneruskan Instrumen Bertulis Saringan 6 dengan bimbingan
guru Pemulihan Khas sekolah masing - masing.
              
Kumpulan 2 -
Murid yang tidak melepasi Saringan Membaca: mengulang Saringan Membaca sekali lagi dengan dibimbing oleh guru Pemulihan Khas dan dibantu oleh JU.

Sesi Ketiga - Murid yang masih belum menguasai konstruk diambil oleh Ju mengikut konstruk. ( Stesen)


Melalui program ini juga, guru - guru pemulihan dapat berkongsi idea  dan bahan  dengan JU dan  guru Pemulihan dari sekolah lain.

Penghargaan dan terima kasih kepada barisan FasiLINUS, para JU dan guru - guru Pemulihan Khas sekolah yang terlibat bagi menjayakan program Kem LINUS Tegar pada kali ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Singgah la sat... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea