Sunday 30 September 2012

Murid LINUS Tegar

Posted by armawati at 03:56
Setelah selesai Saringan Lisan Membaca Tahun 1 (Saringan 2), jika terdapat murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang serius, guru perlu memberi beberapa ujian kepada murid tersebut.  Dokumen - dokumen yang perlu ada untuk menjalankan ujian terhadap murid LINUS Tegar ialah;

1. Instrumen Saringan Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran
2. Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran
3. Borang BPKKKU ( Pindaan 1/2009)
4. Surat kepada Pengamal Perubatan.
* dibekalkan kepada guru Pemulihan Khas oleh PPD.

Terlebih dahulu, ibu bapa / waris murid tersebut dimaklumkan bahawa anak mereka menghadapi masalah pembelajaran. Jika mendapat persetujuan daripada ibu bapa, surat daripada pihak sekolah beserta Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran dibawa ke hospital untuk rawatan. Tetapi jika ibu bapa tidak bersetuju, maka murid itu dikekalkan di dalam kelas Pemulihan Khas.

Pihak hospital akan mengesahkan murid tersebut mempunyai masalah pembelajaran (mengikut kategori), seterusnya proses untuk mendapatkan kad OKU dilakukan. Pihak sekolah akan membuat surat pertukaran ke sekolah Pendidikan Khas yang terdekat selepas murid tersebut mendapat kad OKU. Apabila murid tersebut telah mendapat kad OKU, namanya akan dikeluarkan daripada data Buta 3M.

Kerjasama ibu bapa amat penting kerana ada setengah ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka mempunyai masalah pembelajaran.

Kategori OKU:
1. Disleksia
2. Hyper aktif
3. Masalah Pembelajaran
4. Masalah pendengaran, pertuturan, penglihatan
5. Down Sindrom, lembam, Autisme

0 comments:

Post a Comment

 

Singgah la sat... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea