Saturday 27 October 2012

LINUS -NUMERASI

Posted by armawati at 02:34
NUMERASI - SARINGAN 9 / KONSTRUK 6
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu


         Apabila tiba aje Saringan 9, saya dah susah hati. Macam mana kalau – kalau Muhammad Hakimi masih dalam kategori LINUS bukan LINUS Tegar ye!. Tiap – tiap minggu FasiLINUS datang bukan setakat nak membimbing Hakimi dengan saya sekali kena bimbing.  Harus diingat saya, GURU PEMULIHAN KHAS murid saya tentulah murid LINUS Tegar bukannya murid LINUS. Walaupun saya cuma guru Pemulihan Khas tapi sayalah SETIAUSAHA LINUS. Jadi FasiLINUS yang datang tu nak berjumpa dengan saya aje... tak lah nak tengok fail.


               Boleh aje saya lepas tangan tak nak ambil berat  tentang masalah ini, sebab bukan saya yang dipersalahkan  tapi bab nak berjawab tu yang jadi masalah. nuuu.... berangkat ke Putrajaya ,bukan seorang dua yang kena mengadap, guru besor, guru Literasi & guru Numerasi sekali dengan PPD pun kena.. (nama sekolah le yang naik). Faham- faham aje lah…Di bawah ini saya kongsikan aktiviti yang saya guna pada Hakimi.

Berdasarkan Instrument Saringan 9 – Numerasi.

Latihan yang saya berikan kepada Muhammad Hakimi ialah:
Sebagai contoh;  saya gunakan nama hari boleh juga gunakan nama bulan.


i.                      Langkah pertama - Saya ambil 2  kalender yang berlainan, kemudian saya minta Hakimi camkan nama - nama hari Ahad hingga hari Sabtu. Sambil saya tunjukkan nama hari pada kalender A, Hakimi akan menanda perkataan yang sama pada kalender B.
ii.                   Langkah kedua – nama – nama hari yang saya cetak saya beri padanya, Hakimi diminta menggunting nama – nama hari tersebut.
iii.                  Langkah ketiga – saya meminta Hakimi menampal nama hari Ahad sehingga seterusnya mengikut urutan pada helaian kerta kosong berpandukan kalender.   ( memang la kelas pemulihan ada kelengkapan  alat tulis, duit sendiri pun ye peruntukan sekolah pun ye. Tapi banyak keluar duit sendiri, biasalah jadi cikgu memang macam ni, kan!)
iv.                 Kemudian, saya meminta Hakimi mengulangi langkah ii dan iii tetapi kali ini tanpa merujuk pada kalender  sehinggalah Hakimi benar – benar mengecam nama – nama hari. Apa yang saya tekankan di sini ialah kemahiran mengecam bukannya mengeja atau pun membaca perkataan.( saya memberi bimbingan berfokus kepada Hakimi).
Istilah orang bercinta` hanya kau yang satu`!tak de pandang orang lain dah!


  * sama juga kalau buat nama - nama bulan, tapi buat 6 bulan dahulu tau!. Sebab banyak nama - nama bulan nanti biul la pulak anak orang, Siapa yang susah? saya jugak. Kena batang hidung saya sendiri. Nak buat cam no  SAYA YANG MENURUT PERINTAH.


            Memandangkan Hakimi menghadapi masalah ponteng sekolah yang serius, (faktor lain pun ada) pihak FasiLinus meminta saya wujudkan 1 fail peribadi berkenaan Hakimi. Segala - galanya berkenaan  ketidakhadiran, lembaran kerja, latar belakang keluarga, mahupun surat – menyurat dimasukkan ke dalam fail tersebut termasuklah dokumen rasmi dan tidak rasmi. ( Bukan apa, senang nak menjawab sebagai bukti. Dan setiap bukti telah disahkan dan ditandatangani oleh guru besar setiap hujung bulan.)



             Yang paling terkesan sekali, P.K.HEM, Guru BK dan saya sendiri telah bertandang ke rumahnya.Terima kasih Kak Nani dan Cikgu Mat Isa.( sebenarnya dah 3 kali saya melawat keluarga Hakimi tapi tak rasmi itu pun dimasukkan ke dalam fail) Kali pertama sesat tapi pepatah ada mengatakan `sesat di tengah jalan, balik ke pangkal jalan`. Masalahnya kena undur aje kereta tu, muat - muat sebuah kereta aje jalannya. Hasil daripada perbincangan antara pihak sekolah dengan ibu bapa Hakimi ternyata membuahkan hasil. Ibarat menanti buah yang tak gugur.. datang juga engkau ye!


             Masa nilah saya jadi guru penyayang; sambut dengan senyuman, berbahasa bunga - bunga, memujuk, merayu? oh tidak!. Alhamdulillah.. dia berjaya melepasi K12 bagi numerasi dan K10 bagi Literasi Saringan 9 baru - baru ni. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam `operasi` LINUS  untuk Kohort 1. Yess!


Tapi.....tunggu!! ada lagi tahun depan. Macam mana? Kena pandai guna strategi. Tak boleh plan A, kita guna plan B. 

    Teringat saya petikan dari sebuah novel ( tak ingat judulnya) Apakah sumbangan kita ? sedikit? Banyak? Atau tiada langsung?  Tapi sekurang – kurangnya memadailah untuk diri sendiri.

0 comments:

Post a Comment

 

Singgah la sat... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea