Monday 26 November 2012

PROGRAM PEMULIHAN KHAS PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS

Posted by armawati at 23:45 0 comments
BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
(SIRI 1)
PERKEMBANGAN BAHASA
Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.

1.1.DEFINISI BAHASA:
Mengikut Prof Atan Long ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

1.2.FUNGSI – FUNGSI BAHASA

1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak – kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi
          keinginan dan hajat.
1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.
1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan social.
1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami.
1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

KEMAHIRAN – KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU
i.                    Kemahiran Lisan
ii.                  Kemahiran Bacaan
iii.                Kemahiran Tulisan
iv.                Kemahiran Ejaan

KEMAHIRAN LISAN

1.1  PENGENALAN
Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak – kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang – ulang.

1.2  KEMAHIRAN – KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

KEMAHIRAN MENDENGAR

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi – bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi – bunyi ini bergantung kepada faktor – faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

-          Mendiskriminasi bunyi – bunyi bukan bahasa.
-          Mendiskriminasikan unit – unit bunyi bahasa.
-          Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
-          Memahami ayat serta lain – lain elemen linguistik bahasa.
-          Mendengar secara kritikal.
-          “auding”
-          Mengikut arahan.
-          Memahami urutan atau sekuan.
-          Mengingat kembali.
-          Menentukan idea utama / terpenting.
-          Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi – bunyi bahasa dengan pengujaran kata – kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur – unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah – setengah bahasa, perubahan kepada unsur – unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza – beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3  KEPENTINGAN LISAN

Manusia mencipta lambang – lambang pertuturan sebelum mencipta lambang – lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak – kanak membaca dan menulis.

Perkembangan bahasa kanak – kanak menunjukkan bahawa kanak – kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang – lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang – lambang pertuturan.

Kanak – kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebbih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak – kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang – lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.


Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek – aspek bahu dalam satu – satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. 

Saturday 17 November 2012

LINUS NUMERASI SARINGAN 9

Posted by armawati at 03:13 0 comments

Konstruk 7
Bagi murid yang tidak menguasai konstruk 7  fakta asas dalam operasi bahagi.


N3 yang lepas tu, saya dah terang bagaimana nak murid LINUS kita menguasai K9 operasi darab. N3 kali ini untuk operasi bahagi pula. Macam operasi darab juga tetapi lain sikit.


Guru membuat satu situasi kepada murid mengenai topik bahagi.
Contoh : 

Ada 35 biji guli yang hendak diberi sama banyak kepada 5 orang budak. Guru akan melukis terlebih dahulu  tanpa mencari jawapan. buat dahulu pengiraannya tanpa mencari jawapan.




Kemudian murid diminta melukis berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru. Murid akan mengulang aktiviti guru. Guru membimbing melakukan aktiviti melukis. Murid diminta  membilang dengan kuat sambil melukis, dan suruh murid bercerita dengan ayat sendiri. Untuk operasi bahagi, tanda setiap kumpulan sambil membilang satu - satu hingga cukup jumlah 35 biji guli.
Guru  boleh memperbanyakkan dengan contoh – contoh yang lain sehingga murid faham konsep bahagi ( ÷ ). Murid akan melakukan aktiviti yang sama sambil dipantau oleh guru.
i.                     25  ÷ 5
ii.                   8  ÷ 4
iii.                  27  ÷ 9

Aktiviti seterusnya ialah untuk mencari jawapan. (lakukan aktiviti di atas sehingga murid faham konsep darab barulah mula dengan kemahiran yang baru iaitu pengiraan dan jawapan).

Lakukan aktiviti yang sama tetapi dengan menambah symbol ( = )


Dengan melakukan aktiviti  yang sama, kali ini murid diminta mengira  guli hanya pada seorang budak sahaja. Guru akan menyoal murid berapa bilangan guli pada seorang budak. Murid akan memberikan jawapan berdasarkan bilangan guli yang dikira. Guru akan meminta murid membilang bilangan guli yang terdapat pada budak yang lain pula. Adakah setiap mereka mendapat guli yang sama jumlahnya?

Ulangi aktiviti ini sehingga murid tahu menjawab soalan – soalan yang dikemukan oleh guru.   (koordinasi mata, tangan mulut dan minda – murid akan mengira dengan kuat sehingga berjumlah 35 biji guli, kemudian menulis jawapan). Bagi operasi bahagi murid akan melukis (guli )dan membilang serentak satu persatu guli sehingga berjumlah 35 biji guli. (macam cerita P.Ramlee; 1 untuk engkau, 1 untuk aku). Semak semula sama ada setiap budak mendapat jumlah yang sama. Kemudian, guru akan menyoal muridnya, berapakah jumlah guli yang terdapat pada seorang budak?
Jawapannya = 7 biji guli.



 Guru boleh menggunakan contoh yang lain seperti:
i.                     Ada 15 biji gula – gula yang hendak diberi sama banyak kepada 3 orang budak
ii.                   Ada 6 biji buah limau yang hendak diberi sama banyak kepada 2 orang budak
iii.                  Ada 10 buah buku yang hendak diedarkan sama banyak kepada 5 buah kelas.

..... Aktiviti ini  saya dijalankan selama seminggu sehingga murid – murid  saya benar – benar menguasai operasi bahagi. Kemudian saya ulang semula kemahiran mendarab. Perlu diingat! Jangan memberi 2 kemahiran dalam 1 masa kerana murid akan keliru dengan operasi darab dan bahagi.

Penghargaan dan terima kasih saya kepada FasiLINUS Pn. Aida  Bt. Abdul yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya.


Monday 12 November 2012

PENDIDIKAN KHAS

Posted by armawati at 04:36 0 comments
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik  p&p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
   ·         Perkembangan mental
   ·         Kestabilan emosi
   ·         Integrasi sosial


KANAK – KANAK KHAS
Merupakan kanak – kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu  proses pembelajaran.
“…………..Kanak – kanak yang berbeza dari kanak – kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri – ciri mental (2) keupayaan – keupayaan deria (3) dalam ciri – ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkah laku social atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan – amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan – perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum”.

Kirk, S.A.et.al “Educating Exceptional Children”, 1993

MAKSUD KANAK – KANAK KHAS?
…………. “Kanak – kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan – pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa”.
 
Chua Tee Tee, 1981

MAKSUD PENDIDIKAN KHAS?
…………  Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan – keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid – murid kurang upaya. Pendidikan khas yang menyediakan peluang – peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku  atau biasa atau perkhidmatan – perkhidmatan sekolah biasa. 

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program Pendidikan Khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
·         Sekolah Khas
·         Program Pendidikan Khas Integrasi (Pengasingan/Inklusif)
·         Pemulihan Khas
·         Program Disleksia
·         Pendidikan Vokasional Sekolah Khas/ Integrasi (Teknik/Vokasional) 


KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak – kanak yang berada dalam program pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat  aliran:
- Masalah pembelajaran
-  Masalah pendengaran
-  Masalah penglihatan


·          FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KEJAYAAN ORANG – ORANG ISTIMEWA
Setiap orang mempunyai impian dan cita – cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing – masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak – anak anda menjadi juruterbang, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat – sifat yang terbatas?

Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing – masing.

            Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang – orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadang kala lebih baik lagi!

Wednesday 7 November 2012

GURU IJAZAH SEPARUH MASA, PJJ, BOLEH NAIK GRED DG41 TANPA TEMUDUGA

Posted by armawati at 05:13 0 comments
7/11/2012


SEREMBAN - Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu menghadiri temuduga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata guru berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temuduga.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian juga akan dilantik terus tanpa proses temuduga sebagai guru pelatih mulai tahun depan.
Bulan lepas beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.

Beliau berkata seramai 2,960 orang kelompok pertama graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan sebelum 1 Julai, ditempatkan sementara oleh Kementerian Pelajaran mulai 16 Okt.
Mereka akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bermula hari ini hingga 6 Dis, katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2012 anjuran SPP di sini.

Beliau berkata bagi calon berijazah selepas Jun seramai 7,755, perlu mengemukakan permohonan kepada SPP bermula 1 Nov secara online, melalui portal SPP (untuk calon IPGM) atau JobsMalaysia (calon IPTA).

Bulan lepas Muhyiddin mengumumkan bahawa seramai 10,715 orang graduan IPGM dan IPTA yang telah dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan sekiranya berjaya dalam temuduga, akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah(PPS) Gred DG41.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha melaksanakan pakej kerjaya guru baharu dalam beberapa fasa bagi meningkatkan kualiti keguruan yang merangkumi usaha meningkatkan standard kemasukan, meningkatkan peluang pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan individu.

"Ini membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan teladan rakan setugas," katanya.

Bagi mengukuh laluan kerjaya guru, Timbalan Perdana Menteri menyarankan SPP supaya mengambil langkah pragmatik untuk mengekalkan bakat terbaik dan antara langkah itu ialah guru mengajar mengikut opsyen bagi meningkatkan motivasi dan prestasi serta peluang kenaikan pangkat.

Sebaliknya bagi memastikan profesion keguruan adalah terdiri dari kalangan yang terbaik, dasar pemisah hendaklah dilaksanakan secara berkesan sejajar dengan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, katanya. Muhyiddin berharap hasil persidangan ini dapat dipertimbang sebagai input ke dalam laporan pembangunan pendidikan 2012-2025 yang sedang dikemaskini.


"Saya juga ingin mencadangkan bahawa hasil persidangan ini dapat diperinci untuk dijadikan pelan tindakan yang bersepadu melalui pelaksanaan satu makmal khusus dianggotai anggota dari Kementerian Pelajaran, SPP, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), PEMANDU, MoF dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
"Saya berharap agar persidangan ini akan menjadi medan terbaik untuk mengenal pasti idea-idea yang kreatif dan inovatif selaras dengan dasar transformasi negara bagi meningkatkan kualiti sistem pelajaran negara.
"Pengubahsuaian atau penambahbaikan dalam perkhidmatan pelajaran yang berterusan, terutama dalam aspek peningkatan kemahiran dan latihan adalah penting kerana ia kunci utama kepada kecekapan perkhidmatan pelajaran," katanya.

Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan pada persidangan tiga hari itu. – Bernama

Sumber:  http://www.sinarharian.com.my/

KEPUTUSAN UPSR KELUAR 19 NOVEMBER

Posted by armawati at 04:46 0 comments

Kuala Lumpur: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 akan diumumkan pada 19 November ini . 

Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan semalam, berkata semua 517,139 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Katanya, pengumuman analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 9 pagi, hari sama di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. 


Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, ketika dihubungi berkata, kelewatan pengumuman keputusan itu bagi membolehkan pemeriksa kertas menjalankan tanggungjawab mengikut masa ditetapkan.
 

“Peperiksaan lewat seminggu daripada jadual asal dan kerana itu pengumumannya juga lewat seminggu,” katanya.

Saturday 3 November 2012

LINUS NUMERASI SARINGAN 9

Posted by armawati at 04:12 0 comments
 N3 kali ni topik Numerasi Konstruk 7


Bagi murid yang tidak menguasai konstruk 7  fakta asas dalam operasi darab.
Dari 0 X 0 = 0 hingga 9 X 9 = 81

Mari kita cuba buat sama - sama na.
Guru membuat satu situasi kepada murid mengenai topik darab. Kena cerita kat depa, barulah depa tahu dan faham.

Contoh :  Ada tujuh orang lelaki dan setiap orang ada lima biji guli. Guru akan melukis terlebih dahulu  tanpa mencari jawapan.




Kemudian murid diminta melukis berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru. Murid akan mengulang aktiviti guru. Guru membimbing melakukan aktiviti melukis. Murid diminta  membilang dengan kuat sambil melukis, dan suruh murid bercerita dengan ayat sendiri.( Ada setengah murid yang membilang ikut suka hati dia aje. Tapi kalau ada benda maujud lagi le dia nampak... haa tu dia aihh). 




Guru  boleh memperbanyakkan dengan contoh – contoh yang lain sehingga murid faham konsep darab ( X ). Murid akan melakukan aktiviti yang sama sambil dipantau oleh guru.Tapi jangan la bagi banyak sangat sampai dia tak dan panggung kepala ..lagi seronok kalau bagi depa pen ke, pensel warna ke, artline pun boleh.
i.           5  X 5
ii.          3  X 4
iii.         2  X 9

Aktiviti seterusnya ialah untuk mencari jawapan. (lakukan aktiviti di atas sehingga murid faham konsep darab barulah mula dengan kemahiran yang baru iaitu pengiraan dan jawapan).

Dengan melakukan aktiviti  yang sama, kali ini murid diminta mengira ke semua guli yang terdapat pada setiap orang. Guru akan menyoal murid bilangan kesemua guli yang ada. Murid akan memberikan jawapan berdasarkan bilangan guli yang dikira. Ulangi aktiviti ini sehingga murid tahu menjawab soalan – soalan yang dikemukakan oleh guru. ( koordinasi mata, tangan mulut dan minda – murid akan mengira dengan kuat bilangan dalam setiap kumpulan, kemudian menulis jawapan). 

Lakukan aktiviti yang sama tetapi dengan menambah simbol  = 

Jawapannya ialah : 35.( Ada murid yang yakin boleh mengira secara individu ada yang  tak berapa nak yakin , kita le kena bilang sama - sama dengan murid tersebut.Bila murid dah selesai mengikra suruh murid tersebut tulis jawapan.)
Guru boleh menggunakan contoh yang lain seperti:
i.                     Ada lima bakul di dalamnya ada enam biji gula – gula, atau
ii.                   Ada lima buah kotak di dalamnya ada tiga keping gambar, atau
iii.                  Ada sebuah basikal setiap basikal ada dua roda.

*  Aktiviti ini  saya dijalankan selama seminggu sehingga murid – murid  saya benar – benar menguasai operasi darab. Kemudian saya meminta mereka berlakon sebagai guru dan murid. Setiap murid diberikan soalan yang berbeza. Murid A akan menyemak lembaran kerja murid B manakala murid B akan menyemak lembaran kerja murid A.  Sehinggalah mereka benar – benar menguasai barulah saya memberi kemahiran yang baru iaitu operasi darab.

Penghargaan dan terima kasih saya kepada FasiLINUS Pn. Aida  Bt. Abdul yang memberi tunjuk ajar kepada saya. 

Thursday 1 November 2012

GAJI SEKTOR AWAM DIKAJI SEMULA TAHUN DEPAN

Posted by armawati at 01:54 0 comments
MELAKA, 31 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat
.


"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, Rabu. 

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum. 

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini. 

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya. 

-- BERNAMA
 

Singgah la sat... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea