Monday 26 November 2012

PROGRAM PEMULIHAN KHAS PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS

Posted by armawati at 23:45
BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
(SIRI 1)
PERKEMBANGAN BAHASA
Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.

1.1.DEFINISI BAHASA:
Mengikut Prof Atan Long ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

1.2.FUNGSI – FUNGSI BAHASA

1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak – kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi
          keinginan dan hajat.
1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.
1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan social.
1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami.
1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

KEMAHIRAN – KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU
i.                    Kemahiran Lisan
ii.                  Kemahiran Bacaan
iii.                Kemahiran Tulisan
iv.                Kemahiran Ejaan

KEMAHIRAN LISAN

1.1  PENGENALAN
Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak – kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang – ulang.

1.2  KEMAHIRAN – KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

KEMAHIRAN MENDENGAR

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi – bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi – bunyi ini bergantung kepada faktor – faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

-          Mendiskriminasi bunyi – bunyi bukan bahasa.
-          Mendiskriminasikan unit – unit bunyi bahasa.
-          Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
-          Memahami ayat serta lain – lain elemen linguistik bahasa.
-          Mendengar secara kritikal.
-          “auding”
-          Mengikut arahan.
-          Memahami urutan atau sekuan.
-          Mengingat kembali.
-          Menentukan idea utama / terpenting.
-          Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi – bunyi bahasa dengan pengujaran kata – kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur – unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah – setengah bahasa, perubahan kepada unsur – unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza – beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3  KEPENTINGAN LISAN

Manusia mencipta lambang – lambang pertuturan sebelum mencipta lambang – lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak – kanak membaca dan menulis.

Perkembangan bahasa kanak – kanak menunjukkan bahawa kanak – kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang – lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang – lambang pertuturan.

Kanak – kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebbih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak – kanak lain.

Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang – lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.

Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.


Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek – aspek bahu dalam satu – satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. 

0 comments:

Post a Comment

 

Singgah la sat... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea