Thursday 13 December 2012

PROGRAM PEMULIHAN KHAS PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS

Posted by armawati at 22:59
BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
SIRI 2

1.4. PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.

Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

  •  Mengamati bunyi – bunyi bukan bahasa.
  •  Mengamati bunyi – bunyi bahasa dan lain – lain elemen linguistik bahasa.
  • Memahami konsep dan maksud perkataan – ayat.
  •  Melakukan “auding” yang merangkumi aspek – aspek pengamatan pendengaran
  •  Mendengar secara kritikal.
-       Guru oleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman – rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan atau pengujaran murid – murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara – perkara yang didengarnya dengan menyediakan item – item soalan yang khusus berkaitan “auding”.

1.5. CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN – KELEMAHAN LISAN
1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid – murid.
1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid – murid.
1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan
          pembelajaran.
1.5.7. Guru mewujudkan situasi – situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur
          tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.


1.6. PERKARA – PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara – perkara berikut perlu diberi perhatian:

1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik
             hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.
1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik – topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid.
1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak – kanak bercakap mengenai perkara – perkara
              tertentu.
1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
1.6.1.5. Galakkan murid – murid mengeluarkan idea – idea baru serta memilih bahan – bahan mereka
             sendiri.
1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak –
             kanak dalam pelajaran itu dengan:
-          Memastikan setiap kanak – kanak diberi peluang mengambil bahagian.
-          Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
-          Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.
1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid – murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua
             sahaja.
1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi) yang terdahulu dalam pelajaran – pelajaran ang berikutnya untuk
             memperkukuhkan ingatan murid – murid.
1.6.1.9. Semasa murid – murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka
             melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan.

0 comments:

Post a Comment

 

Singgah la sat... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea