Kementerian Pelajaran merancang
membudayakan konsep Guru Penyayang di setiap sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara kerana pelaksanaannya terbukti berkesan dalam menangani gejala
disiplin di kalangan pelajar.

"Impaknya, pelajar lebih berminat
untuk datang ke sekolah setiap hari tanpa berasa sebarang tekanan serta
mempunyai hubungan akrab dengan guru dan pihak sekolah.
"Minat itu didorong oleh rasa selesa
dengan guru yang sebelum ini dikatakan bersikap garang atau terlalu tegas
dengan anak murid mereka,'' katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen
Guru Penyayang Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Konvensyen itu melibatkan 200 peserta
terdiri daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin,
pegawai kaunseling dan disiplin jabatan pelajaran negeri serta wakil persatuan
guru.

Konsep tersebut dilaksanakan melalui tiga
amalan iaitu dengan guru-guru mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah,
memberi penghargaan kepada murid seperti sambutan hari jadi dan program mentor
mentee.
*keterangan gambar: murid LINUS Tahun 3 UTM
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121001/pe_03/Konsep-guru-penyayang-tangani-masalah-disiplin-pelajar#ixzz295yDbZlS
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 comments:
Post a Comment