Tuesday, 18 December 2012

ABM LINUS & PEMULIHAN KHAS

Posted by armawati at 17:10 0 comments
Di sini saya kongsikan beberapa slaid  ABM kepada kawan - kawan guru sekalian. Memandangkan lagi beberapa minggu sekolah akan dibuka.Banyak bahan - bahan yang perlu kita cari dan kumpulkan dalam cuti sekolah ini sebagai persediaan apabila buka sekolah kelak. Nanti tak la terkejar-kejar pulak nak minta itu ini daripada cikgu -cikgu lain. Depa pun dok tengah sibuk jugak,kan!

Kumpul siap-siap bahan lembaran kerja, kemudian agihkan daripada senang kepada yang susah. Senangkan!. Dah tak kalut-kalut dah bab ABM.. boleh buat kerja lain dah! Bersih kelas jangan lupa tau!





 

Thursday, 13 December 2012

PROGRAM PEMULIHAN KHAS PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS

Posted by armawati at 22:59 0 comments
BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
SIRI 2

1.4. PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.

Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

  •  Mengamati bunyi – bunyi bukan bahasa.
  •  Mengamati bunyi – bunyi bahasa dan lain – lain elemen linguistik bahasa.
  • Memahami konsep dan maksud perkataan – ayat.
  •  Melakukan “auding” yang merangkumi aspek – aspek pengamatan pendengaran
  •  Mendengar secara kritikal.
-       Guru oleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman – rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan atau pengujaran murid – murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara – perkara yang didengarnya dengan menyediakan item – item soalan yang khusus berkaitan “auding”.

1.5. CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN – KELEMAHAN LISAN
1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid – murid.
1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid – murid.
1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan
          pembelajaran.
1.5.7. Guru mewujudkan situasi – situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur
          tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.


1.6. PERKARA – PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara – perkara berikut perlu diberi perhatian:

1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik
             hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.
1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik – topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid.
1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak – kanak bercakap mengenai perkara – perkara
              tertentu.
1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
1.6.1.5. Galakkan murid – murid mengeluarkan idea – idea baru serta memilih bahan – bahan mereka
             sendiri.
1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak –
             kanak dalam pelajaran itu dengan:
-          Memastikan setiap kanak – kanak diberi peluang mengambil bahagian.
-          Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
-          Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.
1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid – murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua
             sahaja.
1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi) yang terdahulu dalam pelajaran – pelajaran ang berikutnya untuk
             memperkukuhkan ingatan murid – murid.
1.6.1.9. Semasa murid – murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka
             melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan.

Tuesday, 4 December 2012

HIKAYAT SANG KANCIL...

Posted by armawati at 02:14 0 comments
Assalamualaikum anak-anak murid cikgu. Sihat hari ini... di bawah ini cikgu download video Hikayat Sang Kancil dengan Monyet untuk tatapan kita semua.. Memang seronok kita tonton cerita ni,kan!... Paling penting kita tahu kisah yang tersirat di sebalik kisah ini.. Mari kita sama-sama tonton.. Bukan senang hendak jadi baik dan bukan susah hendak jadi nakal.. jangan nakal-nakal tau! 

Macam tu juga kita dengan ibu bapa kita, sebagai seorang anak kita wajib taat akan perintah atau suruhan ibu bapa kita bukan itu saja.. taat kepada guru atau orang yang lebih tua daripada kita. Tetapi jangan kita lupa akan orang yang lebih muda daripada kita.. Sama - samalah kita menghargai orang atau insan di sekeliling kita.



Monday, 3 December 2012

6 punca utama virus memasuki dan merosakkan sistem komputer

Posted by armawati at 01:46 1 comments

Pada masa kini kemahiran serta pemilikkan komputer semakin meluas di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dengan kemudahan prasarana dan pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan yang juga melibatkan pihak penyedia internet.
Namun masih ada lagi antara kita yang tidak tahu malah ada yang tidak peduli langkah-langkah pencegahan dari pada jangkitan virus / malware pada komputer sehinggalah ianya sudah berlarutan dan terlambat. Ada juga yang mengambil mudah tentang “update” (kemaskini) perisian anti virus.

Pada artikel ini saya ingin berkongsikan pada rakan-rakan blogger mengenai laluan dan punca utama virus  tersebar dan menjangkiti komputer :-


  
1.  E-mel
Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui “attachment” yang disertakan. Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali ‘delete’ terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail / “attachment”.

2.  Download (muat turun)
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu format mp3 secara percuma, fail video, gambar, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan ‘download’ .Kemungkinan besar fail yang anda ‘download’ itu mempunyai virus, spyware dan malware. Sebaik-baiknya pastikan anda tidak “muat turun” sebarang jenis fail dari sumber yang meragukan ketulinan dan keselamatannya.


3.  Klik Iklan 
Sekarang ni banyak iklan yang diperkenalkan yang membuatkan anda teruja untuk mengklik pada iklan tersebut.Namun bukan semua iklan itu benar. Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya. Ada iklan yang mempunyai pautan ke laman web yang mempunyai “skrip virus”.  Pastikan anda sedar dan tahu laman web yang ingin dilawati. Juga pastikan alamat yang tertera pada iklan itu adalah sama dengan apa yang terpapar apabila “cursor” tetikus berada pada pautan tersebut
  
4.  Memasang perisian yang mencurigakan
Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program – program ini dari pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda “download”, pastikan anda melihat komen-komen dari pengguna yang pernah menggunakan perisian tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain. 


5.  Melayari Laman Web Lucah 
Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada komputer anda.


6.  Perisian anti virus tidak dikemaskini
Mengikut pengalaman saya ketika menerima komputer yang bermasalah dari pelanggan, didapati pelanggan saya itu tidak mengetahui sama ada anti virus mereka sudah dikemaskini atau tidak.  Malah ada yang tidak ambil kisah mengenainya. Jika anti virus anda tidak mempunyai kemaskini definisinya, maka ianya mungkin tidak dapat “melawan” serangan virus yang sentiasa mempunyai variasi terbaru setiap hari…


Contohnya, pelanggan saya itu kebanyakkannya terdiri dari pada mahasiswa maha siswi universiti, kolej dan pusat latihan yang lain. Apabila masalah virus mengganggu “kerja kursus” mereka barulah mereka beria-ia ingin menyelesaikannya.  Lebih teruk lagi kerja kursus yang perlu dihantar dalam beberapa hari lagi habis musnah dek kerana kesan jangkitan virus.
Semahal dan secanggih manapun sesebuah perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer anda, ianya tidak bermakna jika tidak dikemaskini “definisi virusnya” dengan kerap.  Masalah ketiadaan internet sepatutnya tidak menjadi alasan kerana pusat siber masih lagi banyak terdapat di persekitaran awam dan wireless internet juga makin mudah didapati terutamanya di restoran, pusat beli belah dan di kawasan-kawasan bandar tertentu, terutamanya di pusat pentadbiran kerajaan negeri dan jabatan kerajaan.

kredit : smskey.blogspot.com

sumber : http://www.blogammar.com/6-punca-utama-virus-memasuki-dan-merosakkan-sistem-komputer/


 

Singgah la sat... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea