Tuesday, 30 July 2013

SARINGAN KHAS TAHUN 3 2013

Posted by armawati at 20:58 0 comments
   Bertarikh 23hb Julai yang lepas seramai 38 orang murid Tahun 3 telah menduduki Saringan Khas. Oleh kerana `KHAS`nya, maka murid – murid Tahun 3 pun menjalani Instrument tersebut di dalam dewan peperiksaan ala – ala peperiksaaan UPSR yang sebenar. Kelassss gitu!
  Guru – guru yang terlibat adalah En. Ramli B. Hamid & En. Sufian B. Zabidi      (guru Literasi) manakala guru Numerasi ialah En. Mohd Faizal B. Yusof termasuklah saya Guru Pemulihan Khas merangkap Setiausaha LINUS sambil dipantau oleh GB kami Pn. Hasnah Bt. Abdul Kadir. Jangan main-main tau!!
   Jadual Saringan Khas telah ditampal di pintu dewan dan ditandatangani dan disahkan oleh P.K Pentadbiran, Tn. Hj. Muhammad Sofian B. Zainal. Sesi pertama bermula dengan Instrument Literasi bermula dari jam 8 pagi hingga 8.30 pagi dan Instrument Numerasi mengambil tempat pada jam 9 pagi hingga tamat ½ jam kemudian.
    2 orang guru Literasi berkawal ketat seperti yang `diarahkan` di dalam surat pekeliling dari PPD pada sesi pertama, kemudian saya dan cikgu Faizal mengambilalih tugas tersebut pada sesi berikutnya.
          Hasil daripada data yang diperolehi hanya seorang murid yang tidak melepasi / menguasai Saringan Khas tersebut iaitu SITI MAHEZA BT. HAMID  dari kelas 3 UTM. Anak murid saya la tu... suruh ulang sekali lagi dah banjir kelas dibuatnya. Data – data nie guru LINUS yang buat, saya cuma key in data dan emelkan kepada Unit LINUS kemudian forward kepada pihak sekolah... senangkan keje saya? HAH! Dia lah?!!

Thursday, 2 May 2013

APA CEGHITA ..

Posted by armawati at 18:51 0 comments
Amboi! Lama sungguh tak update blog. bukan tak nak update selalu tetapi kesibukan membatasi segala. Mohon ampun dan maaf andainya.. rakan - rakan lain tertunggu - tunggu perkhabaran daripada saya.
Alhamdulillah dah selesai menyiapkan tugasan PJJ UPSI Sem 3. Lega rasanya.

Masa mula - mula isi mata pelajaran opsyen untuk sambung belajar, saya pilih  Pemulihan Khas sebagai pilihan pertama, pilihan kedua Matematik. Tup - tup bila dapat.. nah Bahasa Melayu. Sepatutnya saya boleh berbangga saya boleh memartabatkan Bahasa Ibunda tapi tak boleh pegi la.. Orang kata  mimpi pun cakap melayu bukan cakap omputih.
Kemudian, bertukarlah saya ke Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran). Oleh Kerana saya mengajar Pemulihan Khas jadi sekurang-kurangnya saya tahu serba sedikit teknik dan kaedah yang sesuai dengan tahap prestasi murid - murid pemulihan saya.(Kononnya lah..) 

Bila dah bertukar opsyen, maka sesungguhnya bertukar halalah saya ke Tanjong Malim daripada ILKM, Jawi. kelas Pendidikan Khas ni seronok sebab gelak je memanjang.. yela cerita kisah kanak - kanak pelbagai masalah pembelajaran. kena tahan sabar ajelah. Bagi kami bertiga diam aje la, tak boleh nak menyampuk. 3 orang termasuk saya; Silmi dan isterinya Norizan. Kami bertiga juga la yang buat permohonan tukar opsyen. 

Pensyarah Dr. Rahim Razali bertanya ' kenapa kamu bertiga ni tak gelak pun?'. Mana nak gelaknya, saya dan Norizan mengajar Pemulihan Khas manakala Silmi ngajar Matematik. Dr. Rahim bertanya lagi,' Habis tu ngapa ambik Pendidikan Khas?' Teka apa kami jawap...jeng..jeng..jeng..
Ada 1 peristiwa lucu yang ingin saya kongsikan bersama.. cerita ni Dr. Rahim yang cerita pada kami. Begini ceritanya... Pada suatu hari. Kelas Pendidikan Khas nak masak kuih buah melaka. Disuruhnya kanak-kanak pendidikan khas mengulilah tepung. Biasalah budak-budak,kan. lenguh tau menguli! Udah letih pulak nguli tepung, diulinya tepung kat lutut. Agak -agak siapa yang makan kuih deme tu ha! Jadilah jamuan kecil-kecilan. Maaf andai tak sama dengan kisah benar. Ini mengikut pemahaman saya.


Esok balik kampung nak mengundi..Anak-anak tanya 'ibu nak pangkah apa?' selamba je saya jawab,' ikut suka nak pangkah sapa. Undi rahsia1'. 

Monday, 21 January 2013

SALAM TIRAI 2013

Posted by armawati at 03:25 0 comments
As salam.
Lama rasanya tak update blog saya.. Tapi kali ni saya cuma nak kongsi pengalaman saya.
Masa bujang dulu, saya memang minat jahit - menjahit ni. Sanggup bersengkang mata nak siapkan bekas pensel kononnya nak guna esok hari. Biasala.. orang kalau dah minat sanggup buat apa saja.
Pernah satu hari tu, saya beli kain warna merah cili 2 meter nak buat baju kurung. Baju yang lama dah tercarik, kainnya elok lagi. Apa lagi hari tu jugak saya gunting, hari tu jugak saya jahit. Siap ada list zik zak lagi.Pastu leher jahit karipap.
Tapi baju tu entah ke mana..Sanggup beli mesin jahit tunai RM600. Masa tu la..

Inilah hasil kerja tangan masa bujang dulu..
Dulu ko-kurikulum hanya hari Rabu, jadi bagi mengisi masa terluang saya jahit crosstich Allah & Muhammad ni..
Mula - mula jahit tu rajin je membilang silang, jalan berapa tapi bila penyakit "M" dah tiba apa lagi.. guna liquid paper je.
Kan kain tu warna hitam, tanda je dengan liquid paper.. SAPA tau!

Bila dah siap frame .. memang rasa bangga sangat. Sebab inilah hasil kerja pertama. Itu pun ada orang yang nak beli. Letak mahal mana sekali pun bagi saya, hasil kerja yang pertama amat bermakna sekali. Bukan nak tunjuk rajin boleh jahit, tapi sekadar mengisi masa lapang.

Bukan senang nak siapkan, tau! ambil masa.. Hanya orang yang pernah buat dan biasanya pernah ambl upah saja yang tahu betapa siksanya nak siapkan. Tak caya mai rumah.. heee... heee



Tuesday, 18 December 2012

ABM LINUS & PEMULIHAN KHAS

Posted by armawati at 17:10 0 comments
Di sini saya kongsikan beberapa slaid  ABM kepada kawan - kawan guru sekalian. Memandangkan lagi beberapa minggu sekolah akan dibuka.Banyak bahan - bahan yang perlu kita cari dan kumpulkan dalam cuti sekolah ini sebagai persediaan apabila buka sekolah kelak. Nanti tak la terkejar-kejar pulak nak minta itu ini daripada cikgu -cikgu lain. Depa pun dok tengah sibuk jugak,kan!

Kumpul siap-siap bahan lembaran kerja, kemudian agihkan daripada senang kepada yang susah. Senangkan!. Dah tak kalut-kalut dah bab ABM.. boleh buat kerja lain dah! Bersih kelas jangan lupa tau!





 

Thursday, 13 December 2012

PROGRAM PEMULIHAN KHAS PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS

Posted by armawati at 22:59 0 comments
BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
SIRI 2

1.4. PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.

Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:

  •  Mengamati bunyi – bunyi bukan bahasa.
  •  Mengamati bunyi – bunyi bahasa dan lain – lain elemen linguistik bahasa.
  • Memahami konsep dan maksud perkataan – ayat.
  •  Melakukan “auding” yang merangkumi aspek – aspek pengamatan pendengaran
  •  Mendengar secara kritikal.
-       Guru oleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman – rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan atau pengujaran murid – murid.

Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara – perkara yang didengarnya dengan menyediakan item – item soalan yang khusus berkaitan “auding”.

1.5. CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN – KELEMAHAN LISAN
1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid – murid.
1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid – murid.
1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan
          pembelajaran.
1.5.7. Guru mewujudkan situasi – situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur
          tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.


1.6. PERKARA – PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN

1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara – perkara berikut perlu diberi perhatian:

1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik
             hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.
1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik – topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid.
1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak – kanak bercakap mengenai perkara – perkara
              tertentu.
1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
1.6.1.5. Galakkan murid – murid mengeluarkan idea – idea baru serta memilih bahan – bahan mereka
             sendiri.
1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak –
             kanak dalam pelajaran itu dengan:
-          Memastikan setiap kanak – kanak diberi peluang mengambil bahagian.
-          Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
-          Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.
1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid – murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua
             sahaja.
1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi) yang terdahulu dalam pelajaran – pelajaran ang berikutnya untuk
             memperkukuhkan ingatan murid – murid.
1.6.1.9. Semasa murid – murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka
             melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan.

Tuesday, 4 December 2012

HIKAYAT SANG KANCIL...

Posted by armawati at 02:14 0 comments
Assalamualaikum anak-anak murid cikgu. Sihat hari ini... di bawah ini cikgu download video Hikayat Sang Kancil dengan Monyet untuk tatapan kita semua.. Memang seronok kita tonton cerita ni,kan!... Paling penting kita tahu kisah yang tersirat di sebalik kisah ini.. Mari kita sama-sama tonton.. Bukan senang hendak jadi baik dan bukan susah hendak jadi nakal.. jangan nakal-nakal tau! 

Macam tu juga kita dengan ibu bapa kita, sebagai seorang anak kita wajib taat akan perintah atau suruhan ibu bapa kita bukan itu saja.. taat kepada guru atau orang yang lebih tua daripada kita. Tetapi jangan kita lupa akan orang yang lebih muda daripada kita.. Sama - samalah kita menghargai orang atau insan di sekeliling kita.



Monday, 3 December 2012

6 punca utama virus memasuki dan merosakkan sistem komputer

Posted by armawati at 01:46 1 comments

Pada masa kini kemahiran serta pemilikkan komputer semakin meluas di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dengan kemudahan prasarana dan pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan yang juga melibatkan pihak penyedia internet.
Namun masih ada lagi antara kita yang tidak tahu malah ada yang tidak peduli langkah-langkah pencegahan dari pada jangkitan virus / malware pada komputer sehinggalah ianya sudah berlarutan dan terlambat. Ada juga yang mengambil mudah tentang “update” (kemaskini) perisian anti virus.

Pada artikel ini saya ingin berkongsikan pada rakan-rakan blogger mengenai laluan dan punca utama virus  tersebar dan menjangkiti komputer :-


  
1.  E-mel
Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui “attachment” yang disertakan. Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali ‘delete’ terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail / “attachment”.

2.  Download (muat turun)
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu format mp3 secara percuma, fail video, gambar, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan ‘download’ .Kemungkinan besar fail yang anda ‘download’ itu mempunyai virus, spyware dan malware. Sebaik-baiknya pastikan anda tidak “muat turun” sebarang jenis fail dari sumber yang meragukan ketulinan dan keselamatannya.


3.  Klik Iklan 
Sekarang ni banyak iklan yang diperkenalkan yang membuatkan anda teruja untuk mengklik pada iklan tersebut.Namun bukan semua iklan itu benar. Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya. Ada iklan yang mempunyai pautan ke laman web yang mempunyai “skrip virus”.  Pastikan anda sedar dan tahu laman web yang ingin dilawati. Juga pastikan alamat yang tertera pada iklan itu adalah sama dengan apa yang terpapar apabila “cursor” tetikus berada pada pautan tersebut
  
4.  Memasang perisian yang mencurigakan
Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program – program ini dari pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda “download”, pastikan anda melihat komen-komen dari pengguna yang pernah menggunakan perisian tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain. 


5.  Melayari Laman Web Lucah 
Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada komputer anda.


6.  Perisian anti virus tidak dikemaskini
Mengikut pengalaman saya ketika menerima komputer yang bermasalah dari pelanggan, didapati pelanggan saya itu tidak mengetahui sama ada anti virus mereka sudah dikemaskini atau tidak.  Malah ada yang tidak ambil kisah mengenainya. Jika anti virus anda tidak mempunyai kemaskini definisinya, maka ianya mungkin tidak dapat “melawan” serangan virus yang sentiasa mempunyai variasi terbaru setiap hari…


Contohnya, pelanggan saya itu kebanyakkannya terdiri dari pada mahasiswa maha siswi universiti, kolej dan pusat latihan yang lain. Apabila masalah virus mengganggu “kerja kursus” mereka barulah mereka beria-ia ingin menyelesaikannya.  Lebih teruk lagi kerja kursus yang perlu dihantar dalam beberapa hari lagi habis musnah dek kerana kesan jangkitan virus.
Semahal dan secanggih manapun sesebuah perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer anda, ianya tidak bermakna jika tidak dikemaskini “definisi virusnya” dengan kerap.  Masalah ketiadaan internet sepatutnya tidak menjadi alasan kerana pusat siber masih lagi banyak terdapat di persekitaran awam dan wireless internet juga makin mudah didapati terutamanya di restoran, pusat beli belah dan di kawasan-kawasan bandar tertentu, terutamanya di pusat pentadbiran kerajaan negeri dan jabatan kerajaan.

kredit : smskey.blogspot.com

sumber : http://www.blogammar.com/6-punca-utama-virus-memasuki-dan-merosakkan-sistem-komputer/


 

Singgah la sat... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea