Kumpul siap-siap bahan lembaran kerja, kemudian agihkan daripada senang kepada yang susah. Senangkan!. Dah tak kalut-kalut dah bab ABM.. boleh buat kerja lain dah! Bersih kelas jangan lupa tau!
Mailah Jenguk Blogku Ini...
Tuesday, 18 December 2012
ABM LINUS & PEMULIHAN KHAS
Di sini saya kongsikan beberapa slaid ABM kepada kawan - kawan guru sekalian. Memandangkan lagi beberapa minggu sekolah akan dibuka.Banyak bahan - bahan yang perlu kita cari dan kumpulkan dalam cuti sekolah ini sebagai persediaan apabila buka sekolah kelak. Nanti tak la terkejar-kejar pulak nak minta itu ini daripada cikgu -cikgu lain. Depa pun dok tengah sibuk jugak,kan!
Thursday, 13 December 2012
PROGRAM PEMULIHAN KHAS PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS
BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
SIRI 2
1.4. PENGESANAN DAERAH
KELEMAHAN LISAN
Guru boleh mengesan
kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka
ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.
Guru boleh membuat
pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang
antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:
- Mengamati bunyi – bunyi bukan bahasa.
- Mengamati bunyi – bunyi bahasa dan lain – lain elemen linguistik bahasa.
- Memahami konsep dan maksud perkataan – ayat.
- Melakukan “auding” yang merangkumi aspek – aspek pengamatan pendengaran
- Mendengar secara kritikal.
- Guru oleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman –
rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan atau pengujaran murid – murid.
Guru
juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara – perkara yang didengarnya
dengan menyediakan item – item soalan yang khusus berkaitan “auding”.
1.5. CARA MEMPERBAIKI
KELEMAHAN – KELEMAHAN LISAN
1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid – murid.
1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
1.5.3. Guru
memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid
– murid.
1.5.4. Guru
mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.5.5. Guru menjalankan
peneguhan serta pengukuhan serta merta.
1.5.6. Guru
menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran
dan
pembelajaran.
1.5.7. Guru mewujudkan
situasi – situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur
tempat duduk, pertandingan dan
sebagainya.
1.6. PERKARA – PERKARA
PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN
1.6.1. Semasa guru
menyampaikan pelajaran lisan, perkara – perkara berikut perlu diberi perhatian:
1.6.1.1. Penutur yang
dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik
hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi
dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.
1.6.1.2. Pilih, susun dan
gunakan topik – topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid.
1.6.1.3. Adakan
rangsangan yang membolehkan kanak – kanak bercakap mengenai perkara – perkara
tertentu.
1.6.1.4. Semua pengajaran
lisan hendaklah dibuat secara formal.
1.6.1.5. Galakkan murid –
murid mengeluarkan idea – idea baru serta memilih bahan – bahan mereka
sendiri.
1.6.1.6. Ketika
menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak –
kanak dalam pelajaran itu dengan:
-
Memastikan setiap kanak – kanak
diberi peluang mengambil bahagian.
-
Memastikan hanya seorang sahaja
yang bercakap ketika sesuatu ketika.
-
Memastikan setiap murid yang
mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.
1.6.1.7. Peniruan sebutan
oleh murid – murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua
sahaja.
1.6.1.8. Ulang pelajaran
(latih tubi) yang terdahulu dalam pelajaran – pelajaran ang berikutnya untuk
memperkukuhkan ingatan murid –
murid.
1.6.1.9. Semasa murid –
murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka
melakukan kesalahan, pembetulan
hendaklah dibuat secara spontan.
Tuesday, 4 December 2012
HIKAYAT SANG KANCIL...
Assalamualaikum anak-anak murid cikgu. Sihat hari ini... di bawah ini cikgu download video Hikayat Sang Kancil dengan Monyet untuk tatapan kita semua.. Memang seronok kita tonton cerita ni,kan!... Paling penting kita tahu kisah yang tersirat di sebalik kisah ini.. Mari kita sama-sama tonton.. Bukan senang hendak jadi baik dan bukan susah hendak jadi nakal.. jangan nakal-nakal tau!
Macam tu juga kita dengan ibu bapa kita, sebagai seorang anak kita wajib taat akan perintah atau suruhan ibu bapa kita bukan itu saja.. taat kepada guru atau orang yang lebih tua daripada kita. Tetapi jangan kita lupa akan orang yang lebih muda daripada kita.. Sama - samalah kita menghargai orang atau insan di sekeliling kita.
Monday, 3 December 2012
6 punca utama virus memasuki dan merosakkan sistem komputer
Pada masa kini kemahiran serta pemilikkan komputer semakin meluas
di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dengan kemudahan prasarana dan
pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan yang juga melibatkan pihak
penyedia internet.
Namun masih ada
lagi antara kita yang tidak tahu malah ada yang tidak peduli langkah-langkah
pencegahan dari pada jangkitan virus / malware pada komputer sehinggalah ianya
sudah berlarutan dan terlambat. Ada juga yang mengambil mudah tentang “update”
(kemaskini) perisian anti virus.
1. E-mel
Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui “attachment” yang disertakan. Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali ‘delete’ terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail / “attachment”.
2. Download (muat turun)
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu format
mp3 secara percuma, fail video, gambar, permainan komputer percuma dan lain
melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman-laman web yang menyediakan
perkhidmatan ‘download’ .Kemungkinan besar fail yang anda ‘download’ itu
mempunyai virus, spyware dan malware. Sebaik-baiknya pastikan anda tidak “muat
turun” sebarang jenis fail dari sumber yang meragukan ketulinan dan
keselamatannya.
3. Klik
Iklan
Sekarang ni banyak iklan yang diperkenalkan yang membuatkan anda
teruja untuk mengklik pada iklan tersebut.Namun bukan semua iklan itu benar.
Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya. Ada iklan yang
mempunyai pautan ke laman web yang mempunyai “skrip virus”. Pastikan anda
sedar dan tahu laman web yang ingin dilawati. Juga pastikan alamat yang tertera
pada iklan itu adalah sama dengan apa yang terpapar apabila “cursor” tetikus
berada pada pautan tersebut
4. Memasang perisian yang mencurigakan
Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang
tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program – program ini dari
pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda “download”, pastikan
anda melihat komen-komen dari pengguna yang pernah menggunakan perisian
tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain.
5. Melayari Laman Web Lucah
Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga
malware. Kedua-duanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki
dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan
jangkitan kepada komputer anda.
6. Perisian anti virus tidak dikemaskini
Mengikut pengalaman saya ketika menerima komputer yang bermasalah
dari pelanggan, didapati pelanggan saya itu tidak mengetahui sama ada anti
virus mereka sudah dikemaskini atau tidak. Malah ada yang tidak ambil
kisah mengenainya. Jika anti virus anda tidak mempunyai kemaskini definisinya,
maka ianya mungkin tidak dapat “melawan” serangan virus yang sentiasa mempunyai
variasi terbaru setiap hari…
Contohnya,
pelanggan saya itu kebanyakkannya terdiri dari pada mahasiswa maha siswi
universiti, kolej dan pusat latihan yang lain. Apabila masalah virus mengganggu
“kerja kursus” mereka barulah mereka beria-ia ingin menyelesaikannya.
Lebih teruk lagi kerja kursus yang perlu dihantar dalam beberapa hari
lagi habis musnah dek kerana kesan jangkitan virus.
Semahal dan
secanggih manapun sesebuah perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer
anda, ianya tidak bermakna jika tidak dikemaskini “definisi virusnya” dengan
kerap. Masalah ketiadaan internet sepatutnya tidak menjadi alasan kerana
pusat siber masih lagi banyak terdapat di persekitaran awam dan wireless
internet juga makin mudah didapati terutamanya di restoran, pusat beli belah
dan di kawasan-kawasan bandar tertentu, terutamanya di pusat pentadbiran
kerajaan negeri dan jabatan kerajaan.
kredit :
smskey.blogspot.com
Monday, 26 November 2012
PROGRAM PEMULIHAN KHAS PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS
BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
(SIRI 1)
PERKEMBANGAN BAHASA
Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu
meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu
dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.
1.1.DEFINISI
BAHASA:
Mengikut Prof Atan Long ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili
konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.
1.2.FUNGSI –
FUNGSI BAHASA
1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak – kehendak, matlamat dan hasrat
naluri untuk memenuhi
keinginan dan hajat.
1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran
dengan orang lain.
1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan social.
1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali
sesuatu yang telah dialami.
1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.
KEMAHIRAN – KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU
i.
Kemahiran Lisan
ii.
Kemahiran Bacaan
iii.
Kemahiran Tulisan
iv.
Kemahiran Ejaan
KEMAHIRAN LISAN
1.1 PENGENALAN
Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan
terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran
Bertutur. Kanak – kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan
dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang – ulang.
1.2 KEMAHIRAN – KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN
KEMAHIRAN MENDENGAR
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal
dan mengamatinya; iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi – bunyi bahasa yang
berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi – bunyi ini
bergantung kepada faktor – faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat
mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya
seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:
-
Mendiskriminasi bunyi –
bunyi bukan bahasa.
-
Mendiskriminasikan unit –
unit bunyi bahasa.
-
Memahami perkataan, konsep
dan kemahiran mendengar perkataan.
-
Memahami ayat serta lain –
lain elemen linguistik bahasa.
-
Mendengar secara kritikal.
-
“auding”
-
Mengikut arahan.
-
Memahami urutan atau sekuan.
-
Mengingat kembali.
-
Menentukan idea utama /
terpenting.
-
Membuat inferen dan
penyeluruhan atau kesimpulan.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran
bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi – bunyi bahasa dengan
pengujaran kata – kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda
serta helaan yang betul. Unsur – unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan”
ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah –
setengah bahasa, perubahan kepada unsur – unsur ini akan melibatkan perbezaan
maksud atau makna.
Mengenal pasti intonasi yang berbeza – beza ini amat penting bagi mewujudkan
suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu
diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.3 KEPENTINGAN LISAN
Manusia mencipta lambang – lambang pertuturan sebelum mencipta lambang –
lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum
mengajar kanak – kanak membaca dan menulis.
Perkembangan bahasa kanak – kanak menunjukkan bahawa kanak – kanak mula
mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan
bahasa itu barulah diperkenalkan lambang – lambang tulisan supaya mudah mereka
menginterpretasikan lambang – lambang pertuturan.
Kanak – kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan
perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan
lebbih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak – kanak lain.
Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa
dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang – lambang tertentu, dengan
demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas,
sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.
Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan
tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan
bahasa yang baik.
Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek – aspek
bahu dalam satu – satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung.
Saturday, 17 November 2012
LINUS NUMERASI SARINGAN 9
Konstruk 7
Bagi murid yang tidak
menguasai konstruk 7 fakta asas dalam
operasi bahagi.
N3 yang lepas tu, saya dah terang bagaimana nak murid LINUS kita menguasai K9 operasi darab. N3 kali ini untuk operasi bahagi pula. Macam operasi darab juga tetapi lain sikit.
Guru
membuat satu situasi kepada murid mengenai topik bahagi.
Contoh
:
.png)
Ada
35 biji guli yang hendak diberi sama banyak kepada 5 orang budak. Guru akan
melukis terlebih dahulu tanpa mencari
jawapan. buat dahulu pengiraannya tanpa mencari jawapan.
Kemudian
murid diminta melukis berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru. Murid akan
mengulang aktiviti guru. Guru membimbing melakukan aktiviti melukis. Murid
diminta membilang dengan kuat sambil
melukis, dan suruh murid bercerita dengan ayat sendiri. Untuk operasi bahagi, tanda setiap kumpulan sambil membilang satu - satu hingga cukup jumlah 35 biji guli.
Guru boleh memperbanyakkan dengan contoh – contoh
yang lain sehingga murid faham konsep bahagi ( ÷ ). Murid akan melakukan
aktiviti yang sama sambil dipantau oleh guru.
i.
25 ÷ 5
ii.
8 ÷ 4
iii.
27 ÷ 9
Aktiviti seterusnya
ialah untuk mencari jawapan. (lakukan aktiviti di atas sehingga murid faham
konsep darab barulah mula dengan kemahiran yang baru iaitu pengiraan dan
jawapan).
Lakukan
aktiviti yang sama tetapi dengan menambah symbol ( = )
Dengan melakukan aktiviti yang
sama, kali ini murid diminta mengira guli hanya pada seorang budak sahaja. Guru
akan menyoal murid berapa bilangan guli pada seorang budak. Murid akan
memberikan jawapan berdasarkan bilangan guli yang dikira. Guru akan meminta
murid membilang bilangan guli yang terdapat pada budak yang lain pula. Adakah
setiap mereka mendapat guli yang sama jumlahnya?
Ulangi aktiviti ini sehingga
murid tahu menjawab soalan – soalan yang dikemukan oleh guru. (koordinasi mata, tangan mulut dan minda –
murid akan mengira dengan kuat sehingga berjumlah 35 biji guli, kemudian
menulis jawapan). Bagi operasi bahagi murid akan melukis (guli )dan membilang
serentak satu persatu guli sehingga berjumlah 35 biji guli. (macam cerita
P.Ramlee; 1 untuk engkau, 1 untuk aku). Semak semula sama ada setiap budak
mendapat jumlah yang sama. Kemudian, guru akan menyoal muridnya, berapakah jumlah guli yang terdapat pada seorang budak?
Jawapannya = 7 biji guli.
Guru boleh menggunakan contoh yang lain
seperti:
i.
Ada 15 biji gula – gula yang
hendak diberi sama banyak kepada 3 orang budak
ii.
Ada 6 biji buah limau
yang hendak diberi sama banyak kepada 2 orang budak
iii.
Ada 10 buah buku yang
hendak diedarkan sama banyak kepada 5 buah kelas.
..... Aktiviti ini saya dijalankan selama seminggu sehingga
murid – murid saya benar – benar
menguasai operasi bahagi. Kemudian saya ulang semula kemahiran mendarab. Perlu
diingat! Jangan memberi 2 kemahiran dalam 1 masa kerana murid akan keliru
dengan operasi darab dan bahagi.
Penghargaan dan terima kasih saya kepada FasiLINUS Pn. Aida Bt. Abdul yang memberi tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya.
Monday, 12 November 2012
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi
pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas,
teknik p&p mengikut tahap kebolehan
& keupayaan pelajar:-
·
Perkembangan mental
·
Kestabilan emosi
·
Integrasi sosial
KANAK – KANAK KHAS
Merupakan kanak – kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar
professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“…………..Kanak – kanak yang berbeza dari kanak – kanak sederhana atau
biasa (1) dalam ciri – ciri mental (2) keupayaan – keupayaan deria (3) dalam
ciri – ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkah laku social atau
emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan
sehinggakan ia memerlukan amalan – amalan sekolah yang diubahsuai, atau
perkhidmatan – perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang
sehingga kemampuan yang maksimum”.
Kirk, S.A.et.al “Educating
Exceptional Children”, 1993
MAKSUD KANAK – KANAK KHAS?
…………. “Kanak – kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi
tidak mencapai pertumbuhan – pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah
sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa”.
Chua Tee Tee, 1981
MAKSUD PENDIDIKAN KHAS?
………… Pengajaran yang bercorak individu
direka untuk memenuhi keperluan – keperluan pendidikan yang berkaitan dengan
murid – murid kurang upaya. Pendidikan khas yang menyediakan peluang – peluang
pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan – perkhidmatan
sekolah biasa.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program Pendidikan Khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
·
Sekolah Khas
·
Program Pendidikan Khas
Integrasi (Pengasingan/Inklusif)
·
Pemulihan Khas
·
Program Disleksia
·
Pendidikan Vokasional
Sekolah Khas/ Integrasi (Teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak – kanak yang berada dalam program pendidikan khas adalah mereka
yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat aliran:
- Masalah pembelajaran
- Masalah pendengaran
- Masalah penglihatan
·
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang
berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari
potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang
dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KEJAYAAN ORANG – ORANG ISTIMEWA
Setiap orang mempunyai impian dan cita – cita
tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan
memperkembangkan minat masing – masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya
ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya
meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak – anak anda
menjadi juruterbang, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi.
Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang
mempunyai sifat – sifat yang terbatas?
Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa
kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka
masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting,
kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing – masing.
Meskipun golongan
istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi
kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang – orang istimewa mampu
beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu
melakukan tugas seperti orang lain malah kadang kala lebih baik lagi!
Wednesday, 7 November 2012
GURU IJAZAH SEPARUH MASA, PJJ, BOLEH NAIK GRED DG41 TANPA TEMUDUGA
7/11/2012
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/
SEREMBAN - Guru, guru besar dan
pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di
bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu
menghadiri temuduga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata guru berkenaan boleh memohon terus kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses
temuduga.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru yang
berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan
pengajian juga akan dilantik terus tanpa proses temuduga sebagai guru pelatih
mulai tahun depan.
Bulan lepas beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30
peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang
perguruan.
Beliau berkata seramai 2,960
orang kelompok pertama graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan sebelum 1 Julai,
ditempatkan sementara oleh Kementerian Pelajaran mulai 16 Okt.
Mereka akan ditemuduga oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bermula hari ini hingga 6 Dis, katanya
ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2012 anjuran SPP
di sini.
Beliau berkata bagi calon berijazah selepas Jun seramai 7,755, perlu
mengemukakan permohonan kepada SPP bermula 1 Nov secara online, melalui portal
SPP (untuk calon IPGM) atau JobsMalaysia (calon IPTA).
Bulan lepas Muhyiddin mengumumkan
bahawa seramai 10,715 orang graduan IPGM dan IPTA yang telah dan bakal
menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan sekiranya berjaya dalam temuduga,
akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah(PPS) Gred DG41.
Beliau berkata kerajaan sedang
berusaha melaksanakan pakej kerjaya guru baharu dalam beberapa fasa bagi
meningkatkan kualiti keguruan yang merangkumi usaha meningkatkan standard
kemasukan, meningkatkan peluang pembangunan profesional berterusan mengikut
keperluan individu.
"Ini membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan
kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan
teladan rakan setugas," katanya.
Bagi mengukuh laluan kerjaya
guru, Timbalan Perdana Menteri menyarankan SPP supaya mengambil langkah
pragmatik untuk mengekalkan bakat terbaik dan antara langkah itu ialah guru
mengajar mengikut opsyen bagi meningkatkan motivasi dan prestasi serta peluang
kenaikan pangkat.
Sebaliknya bagi memastikan profesion keguruan adalah terdiri dari kalangan yang
terbaik, dasar pemisah hendaklah dilaksanakan secara berkesan sejajar dengan
transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, katanya. Muhyiddin berharap hasil persidangan
ini dapat dipertimbang sebagai input ke dalam laporan pembangunan pendidikan
2012-2025 yang sedang dikemaskini.
"Saya juga ingin
mencadangkan bahawa hasil persidangan ini dapat diperinci untuk dijadikan pelan
tindakan yang bersepadu melalui pelaksanaan satu makmal khusus dianggotai
anggota dari Kementerian Pelajaran, SPP, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
PEMANDU, MoF dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
"Saya berharap agar
persidangan ini akan menjadi medan terbaik untuk mengenal pasti idea-idea yang
kreatif dan inovatif selaras dengan dasar transformasi negara bagi meningkatkan
kualiti sistem pelajaran negara.
"Pengubahsuaian atau
penambahbaikan dalam perkhidmatan pelajaran yang berterusan, terutama dalam
aspek peningkatan kemahiran dan latihan adalah penting kerana ia kunci utama
kepada kecekapan perkhidmatan pelajaran," katanya.
Sebanyak 10 kertas kerja
dibentangkan pada persidangan tiga hari itu. – Bernama
KEPUTUSAN UPSR KELUAR 19 NOVEMBER
Kuala Lumpur: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2012 akan diumumkan pada 19 November ini .
Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan semalam, berkata semua 517,139 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.
Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan semalam, berkata semua 517,139 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.
Katanya, pengumuman analisis keputusan peperiksaan
akan diadakan jam 9 pagi, hari sama di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, ketika dihubungi berkata, kelewatan pengumuman keputusan itu bagi membolehkan pemeriksa kertas menjalankan tanggungjawab mengikut masa ditetapkan.
“Peperiksaan lewat seminggu daripada jadual asal dan kerana itu pengumumannya juga lewat seminggu,” katanya.
Saturday, 3 November 2012
LINUS NUMERASI SARINGAN 9
N3 kali ni topik Numerasi Konstruk 7
Bagi
murid yang tidak menguasai konstruk 7
fakta asas dalam operasi darab.
Dari
0 X 0 = 0 hingga 9 X 9 = 81
Mari kita cuba buat sama - sama na.
Mari kita cuba buat sama - sama na.
Guru
membuat satu situasi kepada murid mengenai topik darab. Kena cerita kat depa, barulah depa tahu dan faham.
Contoh
: Ada tujuh orang lelaki dan setiap orang ada lima biji
guli. Guru akan melukis terlebih dahulu
tanpa mencari jawapan.
Aktiviti seterusnya ialah untuk mencari jawapan. (lakukan aktiviti di atas sehingga murid faham konsep darab barulah mula dengan kemahiran yang baru iaitu pengiraan dan jawapan).
Penghargaan dan
terima kasih saya kepada FasiLINUS Pn. Aida
Bt. Abdul yang memberi tunjuk ajar kepada saya.
Kemudian murid diminta melukis berdasarkan soalan yang
dikemukakan oleh guru. Murid akan mengulang aktiviti guru. Guru membimbing
melakukan aktiviti melukis. Murid diminta
membilang dengan kuat sambil melukis, dan suruh murid bercerita dengan
ayat sendiri.( Ada setengah murid yang membilang ikut suka hati dia aje. Tapi kalau ada benda maujud lagi le dia nampak... haa tu dia aihh).
Guru boleh memperbanyakkan dengan contoh – contoh
yang lain sehingga murid faham konsep darab ( X ). Murid akan melakukan
aktiviti yang sama sambil dipantau oleh guru.Tapi jangan la bagi banyak sangat sampai dia tak dan panggung kepala ..lagi seronok kalau bagi depa pen ke, pensel warna ke, artline pun boleh.
i. 5 X 5
ii. 3 X 4
iii. 2 X 9
Dengan melakukan aktiviti yang sama, kali ini murid diminta mengira ke
semua guli yang terdapat pada setiap orang. Guru akan menyoal murid bilangan
kesemua guli yang ada. Murid akan memberikan jawapan berdasarkan bilangan guli
yang dikira. Ulangi aktiviti ini sehingga murid tahu menjawab soalan – soalan
yang dikemukakan oleh guru. ( koordinasi mata, tangan mulut dan minda – murid
akan mengira dengan kuat bilangan dalam setiap kumpulan, kemudian menulis
jawapan).
Lakukan aktiviti yang sama tetapi dengan menambah simbol
=
Jawapannya ialah : 35.( Ada murid yang yakin boleh mengira secara individu ada yang tak berapa nak yakin , kita le kena bilang sama - sama dengan murid tersebut.Bila murid dah selesai mengikra suruh murid tersebut tulis jawapan.)
Guru boleh menggunakan contoh yang lain seperti:
i. Ada lima bakul di dalamnya ada enam biji gula – gula, atau
ii. Ada lima buah kotak di dalamnya ada tiga keping gambar, atau
iii. Ada sebuah basikal setiap basikal ada dua roda.
* Aktiviti ini saya dijalankan selama seminggu sehingga murid – murid saya benar – benar menguasai operasi darab. Kemudian saya meminta mereka berlakon sebagai guru dan murid. Setiap murid diberikan soalan yang berbeza. Murid A akan menyemak lembaran kerja murid B manakala murid B akan menyemak lembaran kerja murid A. Sehinggalah mereka benar – benar menguasai barulah saya memberi kemahiran yang baru iaitu operasi darab.
Subscribe to:
Posts (Atom)