Saturday, 17 November 2012

LINUS NUMERASI SARINGAN 9

Posted by armawati at 03:13

Konstruk 7
Bagi murid yang tidak menguasai konstruk 7  fakta asas dalam operasi bahagi.


N3 yang lepas tu, saya dah terang bagaimana nak murid LINUS kita menguasai K9 operasi darab. N3 kali ini untuk operasi bahagi pula. Macam operasi darab juga tetapi lain sikit.


Guru membuat satu situasi kepada murid mengenai topik bahagi.
Contoh : 

Ada 35 biji guli yang hendak diberi sama banyak kepada 5 orang budak. Guru akan melukis terlebih dahulu  tanpa mencari jawapan. buat dahulu pengiraannya tanpa mencari jawapan.




Kemudian murid diminta melukis berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru. Murid akan mengulang aktiviti guru. Guru membimbing melakukan aktiviti melukis. Murid diminta  membilang dengan kuat sambil melukis, dan suruh murid bercerita dengan ayat sendiri. Untuk operasi bahagi, tanda setiap kumpulan sambil membilang satu - satu hingga cukup jumlah 35 biji guli.
Guru  boleh memperbanyakkan dengan contoh – contoh yang lain sehingga murid faham konsep bahagi ( ÷ ). Murid akan melakukan aktiviti yang sama sambil dipantau oleh guru.
i.                     25  ÷ 5
ii.                   8  ÷ 4
iii.                  27  ÷ 9

Aktiviti seterusnya ialah untuk mencari jawapan. (lakukan aktiviti di atas sehingga murid faham konsep darab barulah mula dengan kemahiran yang baru iaitu pengiraan dan jawapan).

Lakukan aktiviti yang sama tetapi dengan menambah symbol ( = )


Dengan melakukan aktiviti  yang sama, kali ini murid diminta mengira  guli hanya pada seorang budak sahaja. Guru akan menyoal murid berapa bilangan guli pada seorang budak. Murid akan memberikan jawapan berdasarkan bilangan guli yang dikira. Guru akan meminta murid membilang bilangan guli yang terdapat pada budak yang lain pula. Adakah setiap mereka mendapat guli yang sama jumlahnya?

Ulangi aktiviti ini sehingga murid tahu menjawab soalan – soalan yang dikemukan oleh guru.   (koordinasi mata, tangan mulut dan minda – murid akan mengira dengan kuat sehingga berjumlah 35 biji guli, kemudian menulis jawapan). Bagi operasi bahagi murid akan melukis (guli )dan membilang serentak satu persatu guli sehingga berjumlah 35 biji guli. (macam cerita P.Ramlee; 1 untuk engkau, 1 untuk aku). Semak semula sama ada setiap budak mendapat jumlah yang sama. Kemudian, guru akan menyoal muridnya, berapakah jumlah guli yang terdapat pada seorang budak?
Jawapannya = 7 biji guli.



 Guru boleh menggunakan contoh yang lain seperti:
i.                     Ada 15 biji gula – gula yang hendak diberi sama banyak kepada 3 orang budak
ii.                   Ada 6 biji buah limau yang hendak diberi sama banyak kepada 2 orang budak
iii.                  Ada 10 buah buku yang hendak diedarkan sama banyak kepada 5 buah kelas.

..... Aktiviti ini  saya dijalankan selama seminggu sehingga murid – murid  saya benar – benar menguasai operasi bahagi. Kemudian saya ulang semula kemahiran mendarab. Perlu diingat! Jangan memberi 2 kemahiran dalam 1 masa kerana murid akan keliru dengan operasi darab dan bahagi.

Penghargaan dan terima kasih saya kepada FasiLINUS Pn. Aida  Bt. Abdul yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya.


0 comments:

Post a Comment

 

Singgah la sat... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea