·
Perkembangan mental
·
Kestabilan emosi
·
Integrasi sosial
KANAK – KANAK KHAS
Merupakan kanak – kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar
professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“…………..Kanak – kanak yang berbeza dari kanak – kanak sederhana atau
biasa (1) dalam ciri – ciri mental (2) keupayaan – keupayaan deria (3) dalam
ciri – ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkah laku social atau
emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan
sehinggakan ia memerlukan amalan – amalan sekolah yang diubahsuai, atau
perkhidmatan – perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang
sehingga kemampuan yang maksimum”.
Kirk, S.A.et.al “Educating
Exceptional Children”, 1993
MAKSUD KANAK – KANAK KHAS?
…………. “Kanak – kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi
tidak mencapai pertumbuhan – pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah
sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa”.
Chua Tee Tee, 1981
MAKSUD PENDIDIKAN KHAS?
………… Pengajaran yang bercorak individu
direka untuk memenuhi keperluan – keperluan pendidikan yang berkaitan dengan
murid – murid kurang upaya. Pendidikan khas yang menyediakan peluang – peluang
pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan – perkhidmatan
sekolah biasa.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program Pendidikan Khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
·
Sekolah Khas
·
Program Pendidikan Khas
Integrasi (Pengasingan/Inklusif)
·
Pemulihan Khas
·
Program Disleksia
·
Pendidikan Vokasional
Sekolah Khas/ Integrasi (Teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak – kanak yang berada dalam program pendidikan khas adalah mereka
yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat aliran:
- Masalah pembelajaran
- Masalah pendengaran
- Masalah penglihatan
·
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang
berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari
potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang
dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KEJAYAAN ORANG – ORANG ISTIMEWA
Setiap orang mempunyai impian dan cita – cita
tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan
memperkembangkan minat masing – masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya
ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya
meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak – anak anda
menjadi juruterbang, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi.
Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang
mempunyai sifat – sifat yang terbatas?
Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa
kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka
masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting,
kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing – masing.
Meskipun golongan
istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi
kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang – orang istimewa mampu
beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu
melakukan tugas seperti orang lain malah kadang kala lebih baik lagi!
0 comments:
Post a Comment