(SIRI 1)
PERKEMBANGAN BAHASA
Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu
meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu
dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.
1.1.DEFINISI
BAHASA:
Mengikut Prof Atan Long ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili
konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.
1.2.FUNGSI –
FUNGSI BAHASA
1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak – kehendak, matlamat dan hasrat
naluri untuk memenuhi
keinginan dan hajat.
1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran
dengan orang lain.
1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan social.
1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali
sesuatu yang telah dialami.
1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.
KEMAHIRAN – KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU
i.
Kemahiran Lisan
ii.
Kemahiran Bacaan
iii.
Kemahiran Tulisan
iv.
Kemahiran Ejaan
KEMAHIRAN LISAN
1.1 PENGENALAN
Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan
terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran
Bertutur. Kanak – kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan
dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang – ulang.
1.2 KEMAHIRAN – KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN
KEMAHIRAN MENDENGAR
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal
dan mengamatinya; iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi – bunyi bahasa yang
berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi – bunyi ini
bergantung kepada faktor – faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat
mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya
seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:
-
Mendiskriminasi bunyi –
bunyi bukan bahasa.
-
Mendiskriminasikan unit –
unit bunyi bahasa.
-
Memahami perkataan, konsep
dan kemahiran mendengar perkataan.
-
Memahami ayat serta lain –
lain elemen linguistik bahasa.
-
Mendengar secara kritikal.
-
“auding”
-
Mengikut arahan.
-
Memahami urutan atau sekuan.
-
Mengingat kembali.
-
Menentukan idea utama /
terpenting.
-
Membuat inferen dan
penyeluruhan atau kesimpulan.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran
bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi – bunyi bahasa dengan
pengujaran kata – kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda
serta helaan yang betul. Unsur – unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan”
ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah –
setengah bahasa, perubahan kepada unsur – unsur ini akan melibatkan perbezaan
maksud atau makna.
Mengenal pasti intonasi yang berbeza – beza ini amat penting bagi mewujudkan
suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu
diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.3 KEPENTINGAN LISAN
Manusia mencipta lambang – lambang pertuturan sebelum mencipta lambang –
lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum
mengajar kanak – kanak membaca dan menulis.
Perkembangan bahasa kanak – kanak menunjukkan bahawa kanak – kanak mula
mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan
bahasa itu barulah diperkenalkan lambang – lambang tulisan supaya mudah mereka
menginterpretasikan lambang – lambang pertuturan.
Kanak – kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan
perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan
lebbih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak – kanak lain.
Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa
dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang – lambang tertentu, dengan
demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas,
sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.
Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan
tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan
bahasa yang baik.
Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek – aspek
bahu dalam satu – satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung.